Kitorang rasa tak perlu nak kasi intro bagai2 tentang apa itu resume dan betapa penting nya resume korang untuk dapat kerja.. Kitorang rasa semua orang dah tau resume tu apa, kan? :)
Pastu mesti korang ingat yang kitorang ni nak bebel pasal nak kena check english and grammar la, mintak pendapat orang lain dulu la, beli template resume la, dan sebagai nya, kan? Sebenarnya kitorang taknak bebel pasal benda2 ni, dah byk sgt orang remind korang semua pasal benda2 ni. So sekarang meh kitorang share 2 STEP PALING PENTING SEBELUM TULIS RESUME POWER, yang korang semua selalu tak buat.. either sebab tak tau, atau malas, atau takde masa, dan sebagai nya.. STEP 1: Know the skills required for the position - Yesss, kitorang faham, korang selalu buat satu resume biodata korang, pastu tembak kat 63 position kat jobstreet sehari. Pastu korang dok harap kan, mungkin dari 63 position yang korang tembak ni, takkan la satu pon tanak kat korang, ye dak? Tak salah pon buat camtu. Tapi cuba imagine, kalau korang dah jumpa satu position yang best, dalam company yang besar, and korang research pon ramai cakap position tu gaji masyuk and korang nakkk sgt dapat keje tu, and korang tau selama ni korang tembak 63 resume biodata tu takde hasil memberangsangkan..so takkan korang nak tembak resume biodata korang tu jugak? Rugi kan kalau tak dapat? So kitorang punya suggestion, baik korang baca the JOB DESCRIPTION of the position, and then korang IDENTIFY THE SKILLS NEEDED to perform the job description. Contoh nya, kalau position business analyst, so konfem skill paling penting yang diorang perlukan adalah analytical skills, betul? Kalau position supervisor, skill paling penting adalah contohnya leadership skills, and communication skills, and problem solving skills, sebab without these skills, korang tak dapat jadi supervisor yang mantap. Agree? So first of all, IDENTIFY THE SKILLS NEEDED to perform the job.. Kalau dah try tapi taktau camana, atau nak confirm kan, meh sini kitorang ajar cara nak analyze the job description, whatsapp 019-2092029. Silap2 kitorang tolong identify kan skill2 yang diperlukan :) Okay lepas tu apa nak buat bila korang dah tau skills yang diperlukan? 2. Know the skills that you have from your experience. - Korang semua mesti tengah berkerut dahi cakap "pakarinterview ni bingai, kita freshgrad mana ada experience, gila ke apa.." Sebenarnya experience ni is referring to anything at all that you've done, not necessarily working experience. Sebagai contoh, experience korang buat kerje berkumpulan.. Atau experience korang buat projek subjek itu ini.. Atau experience korang masuk pertandingan debate, atau experience korang jadi AJK makanan masa aktiviti university, walaupon tugas korang hanya kasi roti gardenia sahaja.. So now, since tadi korang dah tau the skills required by the position, so korang cuba pikir kan, apa experience korang, yang boleh tunjuk yang korang ada skills2 yang diperlukan ni. Contoh macam tadi, business analyst perlukan analytical skills. So cuba pikir, ada tak korang buat assignment atau projek, yang korang kena analyze stuff? Haa, kalau ada, so skrg korang cuba cerita kan experience korang tu dalam resume korang, dan make sure korang emphasize kan the analytical skill tu.. Cuba buat dulu, kalau tak tau macam mana, atau perlukan bantuan, macam biasa, anytime boleh whatsapp kitorang at 019-2092029, and kitorang akan ajar the strategies to emphasize your skills from your experience, in your resume, walaupon korang rasa korang takde experience :) So now, bila resume korang dah emphasize the skills needed by the company for the position, baru la korang hantar resume tu :) And bila the company nampak yang korang ada skills ni semua, baru la diorang fikir "oh dia ni bagus ni, dengan skills2 ni dia konfem boleh buat keje ni dengan terbaikk..jom call dia for interview cepat!" Nak apply these strategies yang kitorang ajar ni memang agak technical dan ada yang cakap agak susah, tapi look at it this way.. contoh nya, kedai makan ni perlukan orang masak nasi briyani. Tapi kalau korang hantar resume and takde cakap korang pandai masak, atau gi cakap yang korang pandai buat air bandung, so korang rasa kedai makan tu nak amek korang ke? Haa camtu concept nya.. Faham? Make sense? Kitorang harap apa yang kitorang share ni dapat membantu korang sedikit sebanyak in building an effective resume. Kitorang mintak maaf jugak tak dapat nak ajar full knowledge end to end kat sini, sebab selalu kitorang ajar akan amek masa atleast 5 jam..so kalau korang dah try tapi still tak berjaya, and dah google tapi still takde yang boleh membantu korang, no problem, kitorang boleh ajar dalam our online class, tapi make sure korang ready to understand, because it will get quite technical. Untuk join our online class, boleh whatsapp 019-2092029. "Kenapa online boss?" Well, selama ni kitorang mengajar face to face, ramai gila nak join tapi tak dapat sebab location and time.. So demi kesejahteraan semua, kitorang dah convert our classes to online, InsyaAllah lagi ramai fresh grad kat luar sana boleh dapat ilmu2 ni, and dengan ilmu2 ni, InsyaAllah korang akan lagi mudah dapat kerja :) p/s - gambar Emma Watson graduate ni just for perhiasan :D
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
Archives
March 2017
|