Hari tu kitorang dah share 6 benda wajib ada dalam resume fresh grad. Kali ni kitorang nak share 5 benda wajib buat SEBELUM anda pergi interview.
Kitorang masih ingat lagi masa zaman kitorang baru habis belajar dulu, masa 1st time dapat call untuk pergi interview, memang excited plus nervous gila beb. But mostly nervous and gelabah laa. Macam-macam benda kitorang buat untuk bagi dapatkan ketenangan mental dan fizikal. After several interviews baru la berjaya, alhamdulillah :) Orang kata pengalaman kita gagal itulah yang akan mengajar and membentuk kita untuk jadi yang lebih baik. Memang betul orang yang kata tu. Tapi, tak salah untuk kita betul kali pertama, ya tak? Sebab tu lah kitorang rasa apa yang kitorang nak share kali ni dapat membantu korang yang baru grad untuk prepare for your 1st interview kerja. Bagi yang dah tau, do treat this as a refresher, and yang belum tahu, please read and apply :) 1. Do research on company's background - Okay guys, 1st step sebelum korang buat apa2, korang kena buat homework sikit. Bukan homework mcm assignment zaman balajar tu, ni homework buat research tentang company yg korang nak pergi interview tu. If the company yg korang dpt interview tu public listed, cuba download annual report dia dalam website. Read through their corporate profile, management team, year to year performance, etc.. Yes korang akan marah sbb banyak sangat nak baca. Tapi kitorang suruh korang baca, bukan suruh hafal. So please read through. At least kalau dia ada tanya masa interview, koramg boleh goreng sikit2 sebab korang ada content nak digoreng. Lagi satu cara simple adalah utk google pasal company tu, apa latest news, dulu saham dia berapa, EBITDA margin dia tahun lepas berapa.. Few simple things je yang korang nak kena ingat. Insyaallah, with these few simple info, korang maybe dapat impress the interviewer! And one thing for sure, diorang akan tau yang korang memang betul2 interested utk keje dgn diorang, to the extent that you did some research on them. Sama macam nak keluar dating awal2.. Korang mesti la nak kena tau benda2 basic pasal girlfren/boyfren korang tu kan, macam dia asal mana, dia amek course apa, dan sebagai nya, betul? Kalau rasa pening dan perlu kan a more detailed explanation or help with this, boleh whatsapp kitorang at 019-2092029, insyaAllah kitorang boleh tolong, silap2 kitorang yang tolong research kan hahahaha... 2. Role play the interview with friends/siblings - Next step benda yang korang perlu buat adalah role play the interview dengan kawan2 korang atau adik/abang/kakak korang, ataupon diri depan cermin and imagine/practice sendiri pon boleh. Apa penting nya role play ni sampai semua orang suruh korang roleplay dulu? Penting nya adalah because, by doing role play, korang dapat improve korang punya flow of thoughts and confidence. Dalam our classes kitorang ada share strategies macam mana nak jawab semua soalan interviewer, and once korang tau strategy2 ni, memang simple gila and semua soalan korang boleh jawab, siap boleh cerita pasal experience lagi walaupon korang rasa korang takde experience. Tapi nak ajar ni kena masuk kelas, berjam-jam jugak la.. So korang try sendiri dulu.. Kalau rasa macam susah atau tak confident, atau taktau nak jawab apa, kitorang boleh tolong, takdehal.. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal ni, boleh whatsapp kitorang at 019-2092029. 3. Iron baju, seluar, tudung and kilatkan kasut kulit - Benda ni kitorang rasa semua dah tau kan. Tak perlu nak explain apa kepentingan dia sebab kitorang rasa korang pun tau betapa pentingnya appearance korang pada hari interview tu. Imagine kalau korang nak gi kahwin, pastu pakai baju pagoda dgn boxer.. Sesuai ke? Haaa.. Silap2 kena pelangkung dgn family sebelah sana.. For interview pon sama jugak lebih kurang, sebab an interview would definitely determine your future. Simple je.. Baju and seluar wajib kemas, professional dan official. Kalau boleh, pakai baju warna lembut. Sejuk sikit mata interviewer nak tengok. Kasut kulit kalau boleh berkilat sampai jadi cermin. Baru la segak dan bergaya. And baru la interviewer tengok korang, terus tau yang korang ni bakal CEO company diorang :) 4. Print out and bring your resume, certificates, and transcripts. - Make sure korang prepare semua sijil2 and resume korang. Masukkan dalam file. Senang korang nak bawak masuk dlm bilik interview. Reason why benda ni wajib buat is because some company diorang akan request sijil2 sebab nak tengok korang punya cerita dalam interview betul ke tak. But ada company yang tak kisah. To be safe, just prepare accordingly. Senang nanti korang tak lah gelabah kalau diorang tanya. Lagi satu, contoh nya korang pernah buat some analysis dekat excel dekat laptop korang. Kalau tanya kitorang, alang-alang tu bawak je laptop tu.. Bila korang tengah seronok cerita pasal experience korang, atau weakness korang, atau skills korang, nak lagi senang boleh terus bukak laptop and tunjuk kat dia contoh analysis kau for example. Tapi tanya la interviewer tu dulu, "would you mind if i show you some analysis that i've successfully done before?" 5. Plan your journey well - One more thing kitorang nak remind, korang kena plan travel arrangement untuk ke office company yang panggil korang interview tu. Make sure korang prepare back up plan. Contohnya, if korang plan nak drive ke office tersebut, korang wajib bagitau kawan/abang/kakak/mak/ayah travel plan korang. Sebab if lets say kereta korang breakdown tengah jalan ke apa ke, at least korang boleh call siapa2 untuk pick up and hantar korang. Make sure korang tau kat mana office dia, kat mana tempat interview dia. Jangan gi salah branch guys, jangan buat kelakar. To be safe, sila bawak some extra cash, mana tau tetiba kereta breakdown, kengkawan korang tak dapat tolong last minute, boleh la call uber grabcar atau taxi.. And make sure korang sampai office tu 30 mins before your interview session. Jangan la sampai 2 or 3 min before sebab korang tak tau tingkat berapa korang kena naik or dengan siapa korang nak kena jumpa. Kekadang kena submit your documents or isi borang dulu. Kalau korang lewat, interviewer pon tak suka. Tapi kalau tak dapat nak dielakkan lewat tu, make sure korang call company tu and call interviewer tu explain kat diorang yang kereta korang breakdown ke apa ke, and make sure reschedule to a different time within the same day. Once korang dah plan your journey well, insyaAllah otak dan hati jadi tenang je time nak gi interview tu, and insyaAllah jawab soalan semua pon happy and lancar je :) Okay sebelum kitorang membebel panjang sampai 5 muka surat, baik kitorang stop. Nak tau lebih lanjut, atau kalau korang dah few times gi interview tapi takde feedback, atau dah google tapi still gelabah taktau apa nak jawab, atau nak belajar cara-cara jawab interview kasi dapat kerja dengan mudah, boleh roger kitorang, whatsapp at 019-2092029. Kitorang harap dengan ilmu siket yang kitorang share ni, kitorang harap boleh give benefit kat korang and dapat membantu korang terus berjaya dalam kerjaya dan hidup korang, insyaAllah.. Thank you guys!
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
Archives
March 2017
|