RESUME AKU DAH TERBAIK DAH NIH..TAKKAN TAKDE SATU PON COMPANY YANG NAK PANGGIL INTERVIEW???1/24/2017
Korang dah ada resume/CV terbaik di dunia?? Best in the world?? Dah banyak hantar resume kat beratus-ratus company, tapi satu pon takdak respon??
Well.. Mungkin template korang dah terbaikk menarik tertarik da bomm.. Tapi adakah content dalam resume anda tu SMART? Adakah what you wrote in your resume is what employers WANTto know? Adakah what you say in your resume is what employers NEED to know? Resume ni generally speaking ada dua jenis.. Ada GENERAL RESUME, dimana anda hentam gi email kat semua orang, dan ada jugak CATERED RESUME, dimana anda memang tulis ayat dalam tu hanya untuk dapat that one particular job position yang anda memang nakkkk sangat.. Untuk tau apa nak ditulis ni, kami sarankan anda roger kami cepat-cepat dan kami akan guide dan coach anda step by step.. Tapi meh kami share siket apa yang fresh graduate selalu tulis, tapi sebenarnya takyah pon takpeeee: 1. Expected Salary --> guys..kau fresh grad do..korang tak patut nak ada any expectation of a salary sebab korang takde benchmark of a salary.. 2. English Language Proficiency --> sebenarnya, agak memalukan kalau korang letak "very good" ataupon "excellent", lepaih tu, ayat dalam tu berterabur grammar, and time interview, haramm taktau cakap.. And kalau letak "average" pon, memang employer tu terus tak minat dgn kau.. So? Nak letak jugak ke? 3. Hobby --> memang ada companies yang interested nak tau apa hobby korang, tujuan diorang is to get to know you better kalau kau dapat kerja tu, and also to know what kind of person you are. Tapi kalau kau letak hobi kau membaca, kang employer tu cakap kau gebang nak acah-acah skema.. Kalau kau letak hobi kau memancing, kang employer tu cakap kau ni kalau kena buat assignment urgent time keje nanti, memang susah nak harap sebab gi mancing 5 jam tangkap udang.. Kalau kau letak hobi kau main futsal, kang employer tu boleh cakap kau ni heboh main futsal, takde hobby yang benefit the position.. So camana? Nak cerita ke hobby korang? 4. Primary school --> seriusss.. Ada yang letak diorang sekolah rendah kat mana..UPSR dapat berapa.. Memang bagus nak tunjuk kalau kau dapat 5A time UPSR dulu.. Tapi kitorang rasa, since resume ni takleh nak panjang2 sangat, baik korang guna ruang tu untuk benda lain, contoh nya, apa contribution kau masa kau kat universiti dulu.. Apa voluntary initiatives kau, soup kitchen ke, tolong mangsa banjir ke.. Tak gitu? Apa-apa pon kami doakan yang terbaik untuk korang, all the best dan goodluck.. Kalau perlukan bantuan, cambiasa, meh roger kami dan kitorang akan guide dan coach anda one to one sampai employer tu frame kan korang punya resume dan hantar ke CEO terussss.... #pakarinterview
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
Archives
March 2017
|