Siapa nak join Seminar Pakar Interview pasal resume effective dan interview cemerlang, dekat UNIKL MSI Kulim Kedah 6 May ni? RM10 jerr, lagi murah dari tengok wayang.... Dapat free resume template lak tu..
. . Dalam Seminar Pakar Interview Kulim ni, kami nak ajar anda beberapa perkara ni: . 1. Basics of building an effective resume, kasi senang dapat interview, walaupon anda fresh grad dan takde pengalaman . 2. Basics of interview answering yang cemerlang, kasi interviewer terus suka dan offer kerja, macam baca skrip jawapan . 3. Teknik2 apply kerja kat jobstreet kasi senang dapat interview . 4. Teknik2 apply kerja kat career fair kasi senang dapat interview . 5. Cara buat cover letter, cara nak apply kerja yang lari bidang, cara apply kerja yang perlukan pengalaman, cara pergi interview dengan confident, cara pemakaian ke interview, dan lain-lain, anda boleh request secara majoriti on the day itself, based on topic mana lagi anda nak :) . 6. Open Q&A session . . Kenapa anda perlu join seminar ni? . --> Sebab dengan basic knowledge ni, insyaAllah anda lagi mudah dapat interview --> Sebab dengan basic knowledge ni, insyaAllah anda lagi mudah dapat kerja masa interview --> Sebab anda dapat free resume template --> Sebab dekat jee, dekat area Kulim jee --> Sebab RM10 jee, lagi murah dari tengok wayangggg --> Sebab kita buat hari Sabtu pagi sampai petang siket, kejap jee . Siapa boleh join seminar ni? . --> Fresh grad --> Especially yang dekat area Penang dan Kedah --> Graduate yang dah lama grad tapi masih takde rezeki kerja --> Graduate yang dah hantar resume banyak kali tapi masih tak dapat interview --> Graduate yang dah gi interview banyak kali tapi masih tak dapat kerja --> Young professionals yang dah berjaya dapat kerja tapi nak tukar kerja tapi belum ada rezeki . . Bila seminar ni? Kat Kulim kat mana? . Date: 6th May 2017 Time: 10am - 3pm Location: Dewan Serbaguna UNIKL MSI Kulim Harga tiket: RM10 netttttttt Registration period: Now - until 15th April 2017 . Berminat? Untuk register: . --> Whatsapp "KULIM AKU DATANG" ke 019-2092029 --> Whatsapp "KULIM AKU DATANG" ke 019-2092029 --> Whatsapp "KULIM AKU DATANG" ke 019-2092029
0 Comments
Kitorang rasa tak perlu nak kasi intro bagai2 tentang apa itu resume dan betapa penting nya resume korang untuk dapat kerja.. Kitorang rasa semua orang dah tau resume tu apa, kan? :)
Pastu mesti korang ingat yang kitorang ni nak bebel pasal nak kena check english and grammar la, mintak pendapat orang lain dulu la, beli template resume la, dan sebagai nya, kan? Sebenarnya kitorang taknak bebel pasal benda2 ni, dah byk sgt orang remind korang semua pasal benda2 ni. So sekarang meh kitorang share 2 STEP PALING PENTING SEBELUM TULIS RESUME POWER, yang korang semua selalu tak buat.. either sebab tak tau, atau malas, atau takde masa, dan sebagai nya.. STEP 1: Know the skills required for the position - Yesss, kitorang faham, korang selalu buat satu resume biodata korang, pastu tembak kat 63 position kat jobstreet sehari. Pastu korang dok harap kan, mungkin dari 63 position yang korang tembak ni, takkan la satu pon tanak kat korang, ye dak? Tak salah pon buat camtu. Tapi cuba imagine, kalau korang dah jumpa satu position yang best, dalam company yang besar, and korang research pon ramai cakap position tu gaji masyuk and korang nakkk sgt dapat keje tu, and korang tau selama ni korang tembak 63 resume biodata tu takde hasil memberangsangkan..so takkan korang nak tembak resume biodata korang tu jugak? Rugi kan kalau tak dapat? So kitorang punya suggestion, baik korang baca the JOB DESCRIPTION of the position, and then korang IDENTIFY THE SKILLS NEEDED to perform the job description. Contoh nya, kalau position business analyst, so konfem skill paling penting yang diorang perlukan adalah analytical skills, betul? Kalau position supervisor, skill paling penting adalah contohnya leadership skills, and communication skills, and problem solving skills, sebab without these skills, korang tak dapat jadi supervisor yang mantap. Agree? So first of all, IDENTIFY THE SKILLS NEEDED to perform the job.. Kalau dah try tapi taktau camana, atau nak confirm kan, meh sini kitorang ajar cara nak analyze the job description, whatsapp 019-2092029. Silap2 kitorang tolong identify kan skill2 yang diperlukan :) Okay lepas tu apa nak buat bila korang dah tau skills yang diperlukan? 2. Know the skills that you have from your experience. - Korang semua mesti tengah berkerut dahi cakap "pakarinterview ni bingai, kita freshgrad mana ada experience, gila ke apa.." Sebenarnya experience ni is referring to anything at all that you've done, not necessarily working experience. Sebagai contoh, experience korang buat kerje berkumpulan.. Atau experience korang buat projek subjek itu ini.. Atau experience korang masuk pertandingan debate, atau experience korang jadi AJK makanan masa aktiviti university, walaupon tugas korang hanya kasi roti gardenia sahaja.. So now, since tadi korang dah tau the skills required by the position, so korang cuba pikir kan, apa experience korang, yang boleh tunjuk yang korang ada skills2 yang diperlukan ni. Contoh macam tadi, business analyst perlukan analytical skills. So cuba pikir, ada tak korang buat assignment atau projek, yang korang kena analyze stuff? Haa, kalau ada, so skrg korang cuba cerita kan experience korang tu dalam resume korang, dan make sure korang emphasize kan the analytical skill tu.. Cuba buat dulu, kalau tak tau macam mana, atau perlukan bantuan, macam biasa, anytime boleh whatsapp kitorang at 019-2092029, and kitorang akan ajar the strategies to emphasize your skills from your experience, in your resume, walaupon korang rasa korang takde experience :) So now, bila resume korang dah emphasize the skills needed by the company for the position, baru la korang hantar resume tu :) And bila the company nampak yang korang ada skills ni semua, baru la diorang fikir "oh dia ni bagus ni, dengan skills2 ni dia konfem boleh buat keje ni dengan terbaikk..jom call dia for interview cepat!" Nak apply these strategies yang kitorang ajar ni memang agak technical dan ada yang cakap agak susah, tapi look at it this way.. contoh nya, kedai makan ni perlukan orang masak nasi briyani. Tapi kalau korang hantar resume and takde cakap korang pandai masak, atau gi cakap yang korang pandai buat air bandung, so korang rasa kedai makan tu nak amek korang ke? Haa camtu concept nya.. Faham? Make sense? Kitorang harap apa yang kitorang share ni dapat membantu korang sedikit sebanyak in building an effective resume. Kitorang mintak maaf jugak tak dapat nak ajar full knowledge end to end kat sini, sebab selalu kitorang ajar akan amek masa atleast 5 jam..so kalau korang dah try tapi still tak berjaya, and dah google tapi still takde yang boleh membantu korang, no problem, kitorang boleh ajar dalam our online class, tapi make sure korang ready to understand, because it will get quite technical. Untuk join our online class, boleh whatsapp 019-2092029. "Kenapa online boss?" Well, selama ni kitorang mengajar face to face, ramai gila nak join tapi tak dapat sebab location and time.. So demi kesejahteraan semua, kitorang dah convert our classes to online, InsyaAllah lagi ramai fresh grad kat luar sana boleh dapat ilmu2 ni, and dengan ilmu2 ni, InsyaAllah korang akan lagi mudah dapat kerja :) p/s - gambar Emma Watson graduate ni just for perhiasan :D Hari tu kitorang dah share 6 benda wajib ada dalam resume fresh grad. Kali ni kitorang nak share 5 benda wajib buat SEBELUM anda pergi interview.
Kitorang masih ingat lagi masa zaman kitorang baru habis belajar dulu, masa 1st time dapat call untuk pergi interview, memang excited plus nervous gila beb. But mostly nervous and gelabah laa. Macam-macam benda kitorang buat untuk bagi dapatkan ketenangan mental dan fizikal. After several interviews baru la berjaya, alhamdulillah :) Orang kata pengalaman kita gagal itulah yang akan mengajar and membentuk kita untuk jadi yang lebih baik. Memang betul orang yang kata tu. Tapi, tak salah untuk kita betul kali pertama, ya tak? Sebab tu lah kitorang rasa apa yang kitorang nak share kali ni dapat membantu korang yang baru grad untuk prepare for your 1st interview kerja. Bagi yang dah tau, do treat this as a refresher, and yang belum tahu, please read and apply :) 1. Do research on company's background - Okay guys, 1st step sebelum korang buat apa2, korang kena buat homework sikit. Bukan homework mcm assignment zaman balajar tu, ni homework buat research tentang company yg korang nak pergi interview tu. If the company yg korang dpt interview tu public listed, cuba download annual report dia dalam website. Read through their corporate profile, management team, year to year performance, etc.. Yes korang akan marah sbb banyak sangat nak baca. Tapi kitorang suruh korang baca, bukan suruh hafal. So please read through. At least kalau dia ada tanya masa interview, koramg boleh goreng sikit2 sebab korang ada content nak digoreng. Lagi satu cara simple adalah utk google pasal company tu, apa latest news, dulu saham dia berapa, EBITDA margin dia tahun lepas berapa.. Few simple things je yang korang nak kena ingat. Insyaallah, with these few simple info, korang maybe dapat impress the interviewer! And one thing for sure, diorang akan tau yang korang memang betul2 interested utk keje dgn diorang, to the extent that you did some research on them. Sama macam nak keluar dating awal2.. Korang mesti la nak kena tau benda2 basic pasal girlfren/boyfren korang tu kan, macam dia asal mana, dia amek course apa, dan sebagai nya, betul? Kalau rasa pening dan perlu kan a more detailed explanation or help with this, boleh whatsapp kitorang at 019-2092029, insyaAllah kitorang boleh tolong, silap2 kitorang yang tolong research kan hahahaha... 2. Role play the interview with friends/siblings - Next step benda yang korang perlu buat adalah role play the interview dengan kawan2 korang atau adik/abang/kakak korang, ataupon diri depan cermin and imagine/practice sendiri pon boleh. Apa penting nya role play ni sampai semua orang suruh korang roleplay dulu? Penting nya adalah because, by doing role play, korang dapat improve korang punya flow of thoughts and confidence. Dalam our classes kitorang ada share strategies macam mana nak jawab semua soalan interviewer, and once korang tau strategy2 ni, memang simple gila and semua soalan korang boleh jawab, siap boleh cerita pasal experience lagi walaupon korang rasa korang takde experience. Tapi nak ajar ni kena masuk kelas, berjam-jam jugak la.. So korang try sendiri dulu.. Kalau rasa macam susah atau tak confident, atau taktau nak jawab apa, kitorang boleh tolong, takdehal.. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal ni, boleh whatsapp kitorang at 019-2092029. 3. Iron baju, seluar, tudung and kilatkan kasut kulit - Benda ni kitorang rasa semua dah tau kan. Tak perlu nak explain apa kepentingan dia sebab kitorang rasa korang pun tau betapa pentingnya appearance korang pada hari interview tu. Imagine kalau korang nak gi kahwin, pastu pakai baju pagoda dgn boxer.. Sesuai ke? Haaa.. Silap2 kena pelangkung dgn family sebelah sana.. For interview pon sama jugak lebih kurang, sebab an interview would definitely determine your future. Simple je.. Baju and seluar wajib kemas, professional dan official. Kalau boleh, pakai baju warna lembut. Sejuk sikit mata interviewer nak tengok. Kasut kulit kalau boleh berkilat sampai jadi cermin. Baru la segak dan bergaya. And baru la interviewer tengok korang, terus tau yang korang ni bakal CEO company diorang :) 4. Print out and bring your resume, certificates, and transcripts. - Make sure korang prepare semua sijil2 and resume korang. Masukkan dalam file. Senang korang nak bawak masuk dlm bilik interview. Reason why benda ni wajib buat is because some company diorang akan request sijil2 sebab nak tengok korang punya cerita dalam interview betul ke tak. But ada company yang tak kisah. To be safe, just prepare accordingly. Senang nanti korang tak lah gelabah kalau diorang tanya. Lagi satu, contoh nya korang pernah buat some analysis dekat excel dekat laptop korang. Kalau tanya kitorang, alang-alang tu bawak je laptop tu.. Bila korang tengah seronok cerita pasal experience korang, atau weakness korang, atau skills korang, nak lagi senang boleh terus bukak laptop and tunjuk kat dia contoh analysis kau for example. Tapi tanya la interviewer tu dulu, "would you mind if i show you some analysis that i've successfully done before?" 5. Plan your journey well - One more thing kitorang nak remind, korang kena plan travel arrangement untuk ke office company yang panggil korang interview tu. Make sure korang prepare back up plan. Contohnya, if korang plan nak drive ke office tersebut, korang wajib bagitau kawan/abang/kakak/mak/ayah travel plan korang. Sebab if lets say kereta korang breakdown tengah jalan ke apa ke, at least korang boleh call siapa2 untuk pick up and hantar korang. Make sure korang tau kat mana office dia, kat mana tempat interview dia. Jangan gi salah branch guys, jangan buat kelakar. To be safe, sila bawak some extra cash, mana tau tetiba kereta breakdown, kengkawan korang tak dapat tolong last minute, boleh la call uber grabcar atau taxi.. And make sure korang sampai office tu 30 mins before your interview session. Jangan la sampai 2 or 3 min before sebab korang tak tau tingkat berapa korang kena naik or dengan siapa korang nak kena jumpa. Kekadang kena submit your documents or isi borang dulu. Kalau korang lewat, interviewer pon tak suka. Tapi kalau tak dapat nak dielakkan lewat tu, make sure korang call company tu and call interviewer tu explain kat diorang yang kereta korang breakdown ke apa ke, and make sure reschedule to a different time within the same day. Once korang dah plan your journey well, insyaAllah otak dan hati jadi tenang je time nak gi interview tu, and insyaAllah jawab soalan semua pon happy and lancar je :) Okay sebelum kitorang membebel panjang sampai 5 muka surat, baik kitorang stop. Nak tau lebih lanjut, atau kalau korang dah few times gi interview tapi takde feedback, atau dah google tapi still gelabah taktau apa nak jawab, atau nak belajar cara-cara jawab interview kasi dapat kerja dengan mudah, boleh roger kitorang, whatsapp at 019-2092029. Kitorang harap dengan ilmu siket yang kitorang share ni, kitorang harap boleh give benefit kat korang and dapat membantu korang terus berjaya dalam kerjaya dan hidup korang, insyaAllah.. Thank you guys! Kitorang rasa semua orang tau benda-benda ni, tapi dalam pengalaman kitorang membantu ramai fresh grad, unfortunately ada jugak yang miss out benda2 wajib ni..
Kekadang diorang saje taknak letak, sebab takut akan lower their chances of getting the job. Kekadang ada jugak yang takut nak letak sebab takut not impressive enough. Tapi ada jugak yang terlupa nak letak dlm resume.. Dan ada jugak yang tak letak sebab diorang ingat tak penting.. So untuk demi kebaikan semua, kitorang akan share siket antara benda2 yang wajib ada dalam resume korang. Yang dah tau, do treat this as a refresher, and yang tak tau do read and apply :) 1. Nama penuh - serius tak tipu, kitorang pernah jumpa orang yang tak letak nama penuh. Contoh nya, nama "Siti Nur Aisyah Qistina Nabila Jamaliah Sabariah binti Ali". Nama panjang sangat, so dia ingat lagi simple kalau dia letak nama pendek; "Sabariah binti Ali". Memang boleh, letak nama glamour pon boleh, but it could definitely cause complications, contoh nya bila HR tu call reference kau and diorang tak recognize kau. Or bila nak korang kasi copy of IC bila dah dapat offer tu, or sijil, and company tu konfem akan suspicious and have bad perception towards you. So make sure letak nama penuh guys, kalau panjang sangat, sila adjust font and placement etc. 2. Email professional - ini macam biasa, please guys, jangan la letak email budak2, contoh nya "[email protected]". Letak email professional, nama korang. Kalau orang tengok resume korang email budak2 ni high possibility tak dipanggil interview. 3. Single contactable mobile number - ada yang taknak letak sebab dia ingat dia cun sangat and taknak org mengorat dia. Itu tak bagus, sebab celah mana company tu nak call korang kalau nak panggil interview?? Satu hal pulak nak email korang nak kena tunggu 6 hari baru korang reply, memang konfem dia tak panggil. Ada yang lebih2 lak, gi letak 4 nombor phone. Hmm..letak satu je guys, senang orang nak call, takde masa company nak try call satu-satu nombor kau. 4. University and course of study - ada yang taknak letak university diorang sebab diorang ingat company tu takkan panggil dia interview bila tengok dia dari certain university. And ada yang taknak letak course of study sebab dia lari bidang, nanti company tu takkan panggil interview. Well, it's quite important for companies to know which university you're from, and from what course of study, regardless if kau lari bidang or not, because it shows that you finished your studies, and what's most important is that you have the capabilities. Kalau korang tak letak, nanti diorang akan ingat korang tak habis belajar etc, hence, lagi high chances utk tak dapat interview tu. Kalau korang lari bidang pon, just chill, ramai orang lari bidang, alhamdulillah elok dan berjaya je.. Ada cara dia, nanti kitorang ajar.. 5. Experience - ada fresh grad yang intentionally taknak letak experience diorang dalam resume. Typical reason adalah diorang cakap diorang takde experience, ye la, baru habis belajar kan.. Pastu time belajar lak memang focus nak study and takde masa nak kerja jadi waiter ke apa ke. Well kalau korang nak tau, experience ni tak semesti nya experience bekerja.. It could be experience korang buat cocurricular activities, it could be experience korang buat event, it could be experience korang buat group work, dan sebagainya. What matters most is the capabilities that you've gained during these experience. Untuk mengajar pasal nak buat experience punya section ni, kena atleast 4 jam belajar dgn kitorang haha, dah ramai fresh grad yang selama ni diorang rasa down sebab diorang takde experience, now alhamdulillah dah ada experience portfolio yang cemerlang lepas kitorang tolong, and dah dapat kerja dah pon. So kalau nak tau camana nak buat experience ni, boleh whatsapp kitorang at 019-2092029, nanti kitorang ajar :) 6. Reference - Macam yang korang ada terbaca orang share2 kat facebook sebelum ni, kita tak patut letak adik beradik sebagai reference hehe. The reason is because korang punya potential employer ni kalau dapat nak la tau lebih lanjut pasal korang punya details yang korang tulis dalam resume korang tu.. Contoh nya, korang tulis dalam resume yang korang buat activity itu ini secara berkumpulan, dan korang berjaya dapat nombor 1. So takkan la interviewer tu nak kena call kakak korang tanya pasal activity tu? Mesti la dia nak call lecturer yang supervise korang, atau staff yang in charge, atau organizer activity tu.. Make sense? And also, reference ni kena atleast letak dua orang, yang tau pasal kebanyakan experience yang kau tulis dalam resume kau, so kalau company tu call sorang tak dapat, dia boleh call lagi sorang. And make sure korang inform orang yang kau letak as reference ni dulu, bgtau dia elok2 yang kau nak letak dia as reference, and kau akan letak nombor phone dia. Baru halal dan berkat. Faham? Okay kitorang rasa byk lagi yang kitorang nak cover tapi dah panjang sangat la pulak. And byk jugak nak cerita pasal apa yang TAK PERLU ada dalam resume. Untuk cerita pasal benda2 ni, kitorang akan buat a live video session kat facebook page kitorang, details as below: Facebook page: www.facebook.com/pakarinterview Session: Live video Date: 9th Feb 2017 Time: 9pm Topic: Benda wajib and tak wajib dalam resume, and open questions Charge: FREE OF CHARGE Korang dijemput join kalau free, dan boleh tanya any questions yang korang nak tanya, yang berkaitan dengan resume, interview, etc. Kitorang harap dengan apa yang kitorang share selama ni, dan yang akan kitorang share pada masa akan datang, akan dapat membantu korang dan memudahkan korang untuk dapat kerja yang terbaik.. Remember guys, kalau kitorang yang grad UITM cgpa 3.1 and course yang tak famous pon boleh masuk company engineering paling besar kat malaysia, korang pon boleh.. Okay? Thank you for your continuous support guys! |
Archives
March 2017
|